December 18, 2010

Karmen Khor


Penggiat serta penggemar fesyen semestinya sering menyaksikan si manis jelita ini melangkah yakin di pentas peragaan. Biarpun memiliki rupa paras yang sempurna, Karmen merupakan seorang yang tidak sombong dan tak lokek dengan senyuman tatkala terserempak dengannya di majlis2/show.. hal itulah membuatkan saya tergerak hati untuk menulis tentangnya di blog saya. Setiap kali melihatnya di runway, pasti meremang bulu roma saya dek kerana kagum dengan kecantikan dan gayanya di pentas dan perasaan itu jugalah yang saya rasakan apabila melihat seorang lagi model bertaraf antarabangsa "beraksi" di runway iaitu Tengku Azura atau panggilan mesranya Kak Zura.


Karmen juga pernah menyandang gelaran "Miss Malaysia Queen of the Year 1997".






Karmen memperagakan "Geometry Nouveau" rekaan saya dan Nazima di pertandingan rekaan batik Piala Seri Endon 2010





Gambar2 kenangan bersama Karmen sekitar PSI, MODA, FFKL, UiTM Degree Show.